Resipi Kimchi

Ramai antara kita suka sangat makanan Korea. Perisa pedas dan masam-masam memang berpatutan dengan citarasa rakyat Malaysia.

Haaa…ni lah masa untuk kita mencuba menyelerakan “craving” untuk makanan Korean kita. Jom kita bersama-sama memasak Kimchi. Sebelum itu, tahukah anda apakah itu Kimchi?

Kimchi adalah makanan tradisional Korea, salah satu jenis asinan sayur hasil fermentasi yang diberi bumbu pedas. Setelah digarami dan dicuci, sayuran dicampur dengan bumbu yang dibuat dari udang krill, kecap ikan, bawang putih, jahe dan bubuk cabai merah.
Sayuran yang paling umum dibuat kimchi adalah sawi putih dan lobak. Di zaman dulu, kimchi diucapkan sebagai chim-chae (Hangul: 침채; Hanja: 沈菜) yang berarti “sayuran yang direndam.” Di Korea, kimchi selalu dihidangkan di waktu makan sebagai salah satu jenis banchan yang paling umum. Kimchi juga digunakan sebagai bumbu sewaktu memasak sup kimchi (kimchi jjigae), nasi goreng kimchi (kimchi bokkeumbap), dan berbagai masakan lain.

Bahan Yang Diperlukan

2 ulas bawang putih tumbuk
1 cawan serbuk lada merah
2 sudu besar gula
1 sudu kecil halia tumbuk
2 sudu besar sos ikan
4 batang daun bawang
Air secukupnya bagi menggaul ke semua bahan
1 biji kobis panjang iris tipis
1/2 cawan garam halus
2 biji lobak merah – dihiris menjadi batang mancis
1 ikat daun bawang, dipotong memanjang

Cara Membuat Kimchi

1. Pilih kobis panjang, kobis dibersihkan. Sapu garam pada setiap helaian kobis. Celup kobis sekali di dalam air supaya tidak rosak.

2. Tabur garam kasar pada setiap lapisan kobis panjang. Simpan dalam bekas dan bubuh sedikit sahaja air jangan di rendam. Biar 6 jam kerana garam akan mengeluarkan air daripada dalam kobis.

3. Bilas kobis dengan dicelup-celup di dalam air. Toskan airnya sehingga kering.

4. Setelah itu buat sos dengan mencampurkan kesemua bahan diatas ke dalam besen, Lumur sos pada setiap helaian kobis tadi sehingga rata. Lakukan dengan lembut supaya kobis tidak koyak atau patah.

5. Kemaskan semula daun kobis yang dilumur tadi dan ikat dengan helaian daun yang atas sekali. Genggam sekejap bagi memastikan tiada udara tersimpan di antara celah-celah daun. Selepas itu, simpan dalam bekas.

6. Kimchi ni boleh di makan terus sebagai salad kimci segar atau anda boleh menjeruk kimci dengan membiarkan dalam suhu bilik selama 1 hari dan kemudian simpan dalam peti sejuk. Bila hendak di makan, keluarkan kimchi korea dalam kuantiti yang diperlukan dan simpan selebihnya.

Yummm, mesti enak! Tak sabar nak cuba kan?

Kredit resipi: http://bit.ly/2omkdB1
Kredit gambar: Sura Korean Royal Cuisine Restaurant

Share this with your friends